PERHIMPUNAN PEGAWAI AWAM CUEPACS DI UTEM, AYER KEROH MELAKA

Pada 14 Julai, 2022 bertempat di Dewan Canselor UTEM, Air Keroh Melaka telah berlangsung Perhimpunan Pegawai Awam Cuepacs dimana ianya telah dihadiri oleh Presiden Cuepacs Malaysia Dato Adnan bin Mat yang mengadakan Tour Perhimpunan Pegawai Awam untuk Kesatuan-Kesatuan yang bergabung di bawah Cuepacs seluruh Malaysia.

Perhimpunan ini telah dihadiri oleh wakil-wakil kesatuan gabungan yang berada di bawah Cuepacs Melaka.  Perhimpunan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Cuepacs Melaka Sdra. Norman.  PACSU Melaka telah menghantar 10 orang ahli yang diketuai oleh Sdra. Khairi selaku Pengerusi PACSU Melaka.

Antara intipati ucapan Presiden Cuepacs Malaysia Dato Adnan bin Mat ialah memberikan taklimat isu-isu Penjawat Awam yang diperjuangkan oleh Cuepacs dan semua yang hadir memberikan sokongan dan dengan penuh semangat menyokong Presiden Cuepacs agar Penjawat Awam terus berjuang untuk kebaikan kami.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Presiden Cuepacs Malaysia & semua kesatuan gabungan,  Majlis berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.

IMG-20220714-WA0172IMG-20220714-WA0169IMG-20220714-WA0147IMG-20220714-WA0152 (2)IMG-20220714-WA0153IMG-20220714-WA0154IMG-20220714-WA0160IMG-20220714-WA0161

,