TAKLIMAT INTEGRITI KDN KEPADA PEGAWAI AWAM PDRM MELAKA

Pada 11 Julai, 2022 bertempat di Auditorium, Tingkat 3, IPK Melaka telah berlangsung Taklimat Integriti KDN untuk semua Pegawai Awam PDRM Melaka.  Taklimat ini disampaikan oleh Penceramah dari Jabatan Integriti KDN Putrajaya,

Antara intipati yang disampaikan adalah berkaitan sikap semua Pegawai Awam dalam menangani masalah yang dihadapi dalam mememnuhi keperluan stakeholder iaitu PDRM dalam melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan pengurusan di jabatan dan balai-balai tempat mereka bertugas.

Penceramah juga memberikan contoh-contoh pelanggaran sikap dan tatatertib yang pernah berlaku dan meminta semua pegawai awam dapat mematuhi setiap kehendak PDRM mengikut job skop dan arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Pengerusi PACSU Melaka Sdr Khairi bin Thani kepada para penceramah dari Jabatan Integriti KDN sebagai tanda terima kasih.

IMG-20220711-WA0090 IMG-20220711-WA0097 IMG-20220711-WA0102 IMG-20220711-WA0105 IMG-20220711-WA0106 IMG-20220711-WA0108 IMG-20220711-WA0110 IMG-20220711-WA0111 IMG-20220711-WA0113 IMG-20220711-WA0115 IMG-20220711-WA0117 IMG-20220711-WA0118 IMG-20220711-WA0120 IMG-20220711-WA0121 IMG-20220711-WA0124 IMG-20220711-WA0129 IMG-20220711-WA0134 IMG-20220711-WA0139

,