KENANGAN PERSIDANGAN PERWAKILAN TRI TAHUNAN PACSU KE-38 (2021-2024)

KUANTAN– Persidangan Perwakilan Tri Tahunan PACSU Kali ke 38 (2021-2024) telah diadakan di De Rhu Beach Resort, Kuantan, Pahang pada 21 November 2021 hingga 25 November 2021.

Majlis telah dirasmikan oleh YDH Datuk Seri Haji Mazlan bin Lazim, Timbalan Ketua Polis Negara dan turut dihadiri oleh Dato’ Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS dan YDH Dato’ Ramli bin Mohamed Yoosuf, Ketua Polis Pahang.

Sepanjang persidangan, majlis berlangsung di Dewan Bunga Raya, De Rhu Beach Resort, Kuantan. Kontinjen Kelantan menghantar tujuh (7) orang wakil (AJK) termasuk satu (1) Exco ke persidangan tersebut. Usul Kelantan adalah memperbaharui dan menaik taraf kad keahlian sedia ada. Usul ini diterima dan diluluskan.

HoneyDew

PACSU Kelantan

 

,