MESYUARAT AJK PACSU CAWANGAN KELANTAN KALI KE-3 SESI 2021/2024

KELANTAN – Bertarikh 13.10.2021, Satu mesyuarat AJK telah diadakan di Bilik Mesyuarat BAKA IPK Kelantan pada jam 11 pagi dengan kehadiran seramai lima belas (15) AJK dan tiga (3) AJK tidak dapat menghadirkan diri akibat penugasan tugas yang tidak dapat dielakkan. Agenda Mesyuarat adalah mengenai persiapan di Perwakilan dan pembahagian tugas untuk majlis HI TEA Pegawai Awam Polis Kelantan bersama Ydh Dato Ketua Polis Kelantan bagi tahun 2021.

Majlis tersebut dijangka akan diadakan di DCZ SEEVIEW PCB Resort, PCB Kota Bharu, Kelantan pada 28 Oktober 2021 dengan sasaran seramai 150 ahli . Penutup mesyuarat di akhiri dengan kejutan meraikan hari lahir AJK PACSU Kelantan bagi bulan Oktober 2021 iaitu PF 18485 Puan Nik Nur Adura binti Nik Azizin dan juga ucap selamat meraikan pengantin baru kepada pasangan ajk Kelantan yang telah selamat diijab kabulkan pada 01 September 2021 iaitu Setiusaha PACSU Cawangan Kelantan PF 20709 Mohd Zainun bin Mohd Razak bersama pasangan yang juga merupakan AJK PACSU Cawangan Kelantan PF 29794 Wan Satirah binti Wan Ahmad dari Jabatan Narkotik IPK Kelantan.

Honey Dew

PACSU Kelantan

 

 

,