KUNJUNG HORMAT PACSU PERAK KE PEJABAT KETUA POLIS PERAK DAN MESYUARAT BULANAN AHLIJAWATANKUASA

Ipoh, 15 September 2022 – PACSU Cawangan Perak telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Ketua Polis Perak bagi perjumpaan bersama Ketua Polis Perak yang baharu iaitu YDH CP Dato’ Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri. Perjumpaan ini juga bertujuan untuk bersuai kenal di antara barisan kepimpinan PACSU Perak dan membincangkan sedikit sebanyak tentang perancangan serta strategi yang akan dilaksanakan oleh PACSU Perak.

Kunjung hormat ini diketuai oleh Pengerusi PACSU Perak iaitu Sdra. Muhammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha Sdri. Rosdiah binti Safri serta ahli-ahli jawatankuasa.

Mesyuarat bulanan juga turut diadakan selepas kunjung hormat berlangsung dan membincangkan permasalahan, perancangan dan lain-lain isu sepanjang tahun 2022.

,