PERHIMPUNAN KHAS SELAMAT DATANG DAN SUAI KENAL BERSAMA KETUA POLIS PERAK

IPOH, 25 Ogos 2022 – Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah mengadakan Perhimpunan Khas bagi sesi perjumpaan dan suai kenal bersama Ketua Polis Perak yang baharu iaitu YDH CP Dato’ Mohd Yusri Bin Haji Hassan Basri, bertempat di Pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Majlis dimulakan dengan Ketua Polis Perak menandatangani buku lawatan serta menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan yang dianggotai 53 Pegawai Polis dari PSP Unit 5, Sungai Senam, Ipoh dan seterusnya memeriksa Kawalan Kehormatan.

Turut hadir YDH DCP Dato’ Pahlawan Azizi bin Mat Aris, Timbalan Ketua Polis Perak, YDH SAC Shazeli bin Dato’ Kahar, Ketua Cawangan Khas PDRM Perak, YDH SAC Dato’ Pahlawan Anuar bin Othman, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Perak, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Formasi, Ketua-Ketua Polis Daerah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai Rendah Polis dan Pegawai-Pegawai Awam PDRM Perak.

,