KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN PACSU KEPADA KPN

Kunjung Hormat KPN

Kuala Lumpur, 20 /09/2022 – Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) yang diketuai oleh Sdra. Anuar Mamat (Presiden PACSU) beserta deligasi telah membuat kunjung hormat kepada Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani di sini, hari ini.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan membincangkan hal-hal tadbir urus di samping bertukar-tukar pendapat secara efektif selain meneruskan kesinambungan silaturrahim sebagai rakan strategik antara Polis Diraja Malaysia dan Pegawai Awam PDRM.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang, Pegawai Turus Urus Setia KPN (Pentadbiran), ACP Dr. Shazrin Azlin Ruslan, Timbalan Presiden PACSU, Tuan Hj. Mohd Zaki Mahmood, Naib Presiden PACSU, Sdra. Mohd Fadli Mohd Noor, Bendahari Agung PACSU, YM Raja Hazlan Raja Hussin dan Timbalan Setiausaha Agung PACSU, Sdra.  Rohaizad Khalil.

,