UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS PACSU- ANUGERAH KESATUAN SEKERJA CEMERLANG (SEKTOR AWAM) 2022

SHAH ALAM- 20/09/2022 Ucapan Tahniah dan Syabas daripada Pucuk pimpinan, Pengerusi PACSU Kelantan serta seluruh warga PACSU Cawangan Kelantan kepada PACSU di atas penerimaan Anugerah Kesatuan Sekerja Cemerlang 2022 (sektor awam) pada Majlis Perhimpunan Keluarga Kesatuan Sekerja Se-Malaysia tahun 2022 anjuran Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat Semenanjung Malaysia (KESATERIA) yang berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam, Selangor.

PACSU adalah Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia atau lebih dikenali dengan Police Administrative and Civilian Staff Union ( PACSU ) yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1951 . Konsep penubuhan PACSU adalah jelas bahawa ianya mewakili Pegawai Awam dalam Polis Diraja Malaysia. Selain anugerah, PACSU juga menerima Piala, Sijil Penghargaan dan wang tunai sebanyak lima ratus ringgit Malaysia (RM500). Ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat.

HoneyDew

PACSU Kelantan

 

 

,