PERTANDINGAN TENPIN BOWLING PIALA PRESIDEN CUEPACS TAHUN 2022

Pada 9 Oktober 2022 (Sabtu) – Bertempat di Ampang Superbowl, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur telah diadakan pertandingan Tenpin Bowling Piala Presiden yang melibatkan penyertaan daripada Kesatuan-Kesatuan Gabungan CUEPACS Sempena Hari Sukan Negara Tahun 2022. Sebanyak 40 Kesatuan telah  turut serta dalam pertandingan tersebut.

PACSU telah diwakili oleh gabungan pemain-pemain yang menjuarai kejohanan bowling Piala Presiden PACSU Malaysia Tahun 2022 yang terdiri daripada Sdra. Muhammad Hafizuddin Bin Muhamad, Sdra. Mohd Aisar Bin Seman, Sdri. Wan Sahaini Bin Wan Jaafar dan Sdri. Normaizura Binti Hashim.

Team PACSU telah berjaya menduduki tempat keenam berpasukan dengan keseluruhan jatuhan pin sebanyak 1171.

Syabas dan tahniah kepada semua pemain…menang dan kalah adat pertandingan.

,