PERSIDANGAN DWI TAHUNAN MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BAGI PEKERJA-PEKERJA AM DALAM KUMPULAN PELAKSANA (MBK) AM / PELAKSANA KALI KE-LIMA BELAS SESI 2022-2024

11 Oktober 2022 (Selasa) – Persidangan Dwi Tahunan Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Am Dalam Kumpulan Pelaksana (MBK) Am/ Pelaksana Kali Ke- Lima Belas Sesi 2022-2024 telah diadakan pada 11 Oktober 2022 (Selasa) bertempat di Grand Ballroom Hall Seri Pacific, Kuala Lumpur. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.

PACSU telah diwakili oleh seramai 13 orang perwakilan dan dua orang pemerhati.

Pengundian bagi Pemilihan Ahli Majlis Pihak Pekerja Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja Am Dalam Kumpulan Pelaksana Sesi 2022-2024 telah diadakan bagi memilih :

i.          Seorang Pengerusi

ii.         Seorang Timbalan Pengerusi

iii.        Sembilan Orang Naib Pengerusi

iv.         Seorang Setiausaha

v.          Seorang Timbalan Setiausaha

vi.         Seorang Setiausaha Kewangan

vii.        Sembilan orang Penolong Setiausaha

viii.       Tujuh orang Ahli Majlis

TAHNIAH DAN SYABAS kepada Sdra. Anuar bin Mamat, Presiden PACSU dan Sdra. Mohd Fadli bin Mohd Noor yang telah menang tanpa bertanding bagi Jawatan Naib Pengerusi Gred Am dan Setiausaha MBK Am Kumpulan Pelaksana bagi Sesi 2022-2024.

,