SUKANEKA PACSU CAWANGAN PERAK

IPOH, 09 Disember 2022 – PACSU Cawangan Perak telah mengadakan aktiviti sukaneka bertempat di Pasukan Simpanan Persekutuan Unit 5, Sg. Senam Ipoh, Perak.

Turut hadir Pengerusi PACSU Perak Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha PACSU Perak Sdri Rosdiah binti Safri, barisan ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli PACSU (peserta) daripada Daerah-Daerah seramai 91 orang.

Pelbagai acara dipertandingkan seperti membawa bola pingpong dengan sudu, memasukkan benang ke dalam jarum, membawa bola dengan gelung rotan, baling belon air dan banyak lagi.

Aktiviti berjalan dengan lancar sehingga tamat dan dimeriahkan lagi dengan penyertaan yang ramai serta semangat kesukanan yang tinggi ditunjukkan oleh peserta.

Penganjuran aktiviti-aktiviti seperti ini (sukan) bertujuan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli-ahli dan mengamalkan gaya hidup sihat.

,