MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS PACSU CAWANGAN PAHANG

IPK Pahang, 09 Disember 2022 (Jumaat) – Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PACSU Cawangan Pahang telah diadakan di Mes Pegawai Kanan IPK Pahang dengan penuh meriah dengan tatarias oleh barisan Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Pahang. Bertambah meriah lagi dengan adanya hadiah- hadiah bagi cabutan bertuah.

Majlis dihadiri  oleh YDH  SAC Dato’ Mohd Yusri b. Othman  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang selaku Wakil kepada YDH Dato’ Sri Ketua Polis Pahang yang tidak dapat hadir di saat akhir, turut hadir YDH ACP Mohd Fakhrurazie b. Che Sulaiman, Ketua Jabatan Pengurusan  Pahang dan YDH ACP Sulaiman b. Staffa, Ketua Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard Pahang.

Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran Presiden PACSU Malaysia Sdra Anuar b. Mamat bersama barisan Pegawai- pegawai Kanan PACSU Pusat Sdra Mohd Zaki b. Mahmood Timbalan Presiden, Sdra Mohd Azli b. Suhaimi Setiausaha Agung, Sdra Rohaizad b. Khalil Timbalan Setiausaha Agung, YM Raja Hazlan b. Raja Husin Bendahari Agung dan Sdra Syed Ahmad b. Syed Shahardin Pegawai Pelajaran.

Bertepatan dengan sambutan 50 tahun, PACSU Pahang telah menjemput 2 orang Mantan Pengerusi yang masih ada untuk turut hadir meraikan bersama- sama.  PACSU Pahang amat berbangga dengan kehadiran Mantan Pengerusi Puan Aminah bt Salleh dan Encik Musa b. Hj. Atan dimana kedua-duanya adalah bekas pengerusi yang amat dikagumi sewaktu PACSU Pahang di bawah kepimpinan mereka.

Seramai 80 orang ahli dari seluruh daerah di Pahang hadir memberi sokongan bagi memeriahkan sambutan Jubli Emas ini.

Dalam majlis ini juga YDH Dato’ Mohd Yusri b. Othman telah membacakan beberapa siri kejayaan yang telah berjaya dilakarkan oleh PACSU Cawangan Pahang  sepanjang 50 tahun penubuhannya.  Sekalung ucapan Syabas dan Tahniah kepada PACSU Cawangan Pahang dibawah pimpinan Sdri. Seri Embun bt Ishak.  Semoga PACSU Pahang melangkah dengan lebih cemerlang pada masa- masa akan datang.

#BersatuMembantuBersamaPACSU

#PACSUCawanganPahang

 

 

,