SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA KETUA POLIS PERAK

Pengerusi PACSU Perak mewakili seluruh Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH CP Dato’ Sri Mohd Yusri bin Haji Hassan Basri, Ketua Polis Perak yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P) pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-63 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 08 Disember 2022.

,