PERHIMPUNAN KHAS PEGAWAI AWAM PDRM KALI KE-14 BERSAMA KETUA POLIS NEGARA TAHUN 2022.

Kangar, 05 oktober 2022 – Bertempat Di Mess Pegawai Kanan PDRM Kangar, telah diadakan satu Perhimpunan Khas Pegawai Awam PDRM Kali ke-14 bersama Ketua Polis Negara, YDH IG Tan Sri Acryl Sani Bin Haji Abdullah Sani sempena Sambutan Hari Polis ke-215 Tahun 2022.

Perhimpunan Khas Pegawai Awam PDRM dari seluruh Negara ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan jalinan ukhwah, dapat bertukar-tukar pandangan serta dapat memupuk semangat kekitaan dikalangan Pegawai Polis dan Pegawai Awam.

Ketua Polis Negara turut menyampaikan amanat dan seterusnya menyampaikan sijil penghargaan kepada Pegawai Awam PDRM yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam tugas.

Hadir sama, Pengarah-pengarah tertinggi PDRM, Ketua-Ketua Polis Negeri, YDH SAC Baderulhisham bin Baharudin, Timbalan Ketua Polis Perlis, Ybhg. Dato’ Hj. Adnan Bin Mat, Presiden CUEPACS, Ybhg. En. Anuar Bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua polis Daerah Kontinjen Perlis, Barisan EXCO PACSU, SPOCSU, SPACSU serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

,