PROGRAM INTEGRITI ANJURAN UNIT INTEGRITI KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) DENGAN KERJASAMA IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN PERLIS TAHUN 2022.

Kangar,11 November 2022 – Unit Integriti KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) telah mengadakan Program Integriti Anjuran Unit Integriti KDN Dengan Kerjasama PDRM Perlis berdasarkan teras 4 plan strategik KDN 2021-2025. Program ini telah dihadiri seramai 120 orang Pegawai Awam Kontonjen Perlis.

Sesi ceramah yang diadakan Di dewan serbaguna IPK Perlis telah disampaikan oleh Puan Shuhairoz bt Mohamed Shukru, Ketua Penolong Setiausaha (Ketua Unit Tatatertib KDN) yang bertajuk Pengurusan Integriti Dan Tatatertib, serta perkongsian kes rasuah oleh En. Mohd Hazwan bin Alias, Penguasa Kanan SPRM.

Hadir sama dalam sesi ini, Puan Nurdiyana bt Baharom (Ketua Unit Pematuhan KDN) dan YDH DSP Haris bin Abdul Rahim, Pemangku Ketua Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standart, IPK Perlis.

,