MESYUARAT AJK BIL.3 SESI 2022-2023

Perlis (10/01/2023) : Telah diadakan Mesyuarat AJK Bil.3 Sesi 2022-2023 yang bertempat di Bilik Perbincangan TSM, Jabatan Logistik IPK Perlis. Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan Majlis Hi-Tea yang di rancang untuk diadakan pada 1 Februari 2023 bertempat Di Ocean Glow, Brasmana Kuala Perlis.

Dalam mesyuarat tersebut juga telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Bendahari daripada Saudari Nurhanani binti Abdul Latiff, Setiausaha PACSU Cawangan Perlis kepada Saudari Norhatini Binti Hashim. Majlis tersebut disaksikan oleh Saudari Nur siti Aishah Binti Azmi selaku pengerusi PACSU Cawangan Perlis.

,