KUNJUNG HORMAT PACSU CAWANGAN PAHANG KE ATAS YDH KETUA JABATAN PENGURUSAN IPK PAHANG

12.01.2023 – Kunjung Hormat kepada YDH ACP Mohd Fakhrurazie b. Che Sulaiman, Ketua Jabatan Pengurusan oleh Pengerusi PACSU Pahang Puan Seri Embun bt Ishak bersama Puan Effa Diana Kamaludin -Setiausaha PACSU Pahang dan Encik Megat Roslan b. Megat Ahmad – Bendahari PACSU Pahang.

Dalam kunjung hormat tersebut Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari telah menerangkan berkaitan PACSU Pahang, faedah yang ada sebagai Ahli PACSU, pembentangan berkaitan akaun PACSU Pahang serta perancangan program-program yang akan datang.

Dalam pertemuan ini, YDH Tuan KJP telah memberikan beberapa idea bagi menarik minat Pegawai Awam untuk menjadi Ahli, idea bagaimana untuk meningkatkan dana PACSU dan seterusnya bertanya tentang isu-isu dan usul yang ada dalam PACSU Pahang.

,