KURSUS KEPIMPINAN PEGAWAI AWAM PACSU CAWANGAN PACSU PAHANG

11.01.2023 – Selesai dengan jayanya  Kursus Kepimpinan Pegawai Awam PACSU Cawangan PACSU Pahang yang dijalankan di Hotel Megaview Kuantan, Pahang.

Objektif Kursus adalah bagi memberi pendedahan kepada Ahli PACSU yang terlibat berkaitan Akta Kesatuan Sekerja, Peraturan-peraturan penubuhan Kesatuan, Perlembagaan Kesatuan dan bagaimana menjadi Ahli yang bertanggungjawab kepada kesatuan.  Semoga peserta yang hadir mendapat ilmu bagi memimpin  kesatuan di masa akan datang. Kursus ini dijalankan hasil daripada Geran Pembangunan Kesatuan Sekerja (GPKS) daripada pihak JHEKS yang dipohon pada tahun 2022.

Antara Penceramah jemputan adalah daripada pihak Jabatan Kesatuan Hal Ehwal Sekerja (JHEKS) Negeri Pahang (Puan Siti Zafirah bt Abu Bakar), pihak CUEPACS Pahang (Encik Fouzi b. Singon) dan Pegawai Psikologi PDRM ( Encik Wan Fadzil b. Wan Ali).

Majlis penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Awam PACSU Cawangan Pahang dan penyempurnaan Sijil Penghargaan telah dirasmikan oleh DCP Dato’ Abdul Razak b. Mohd Yusof, Timbalan Ketua Polis Pahang dengan diiringi ACP Mohd Fakhrurazie b. Che Sulaiman  Ketua Jabatan Pengurusan Pahang.

Ucapan Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Pahang Puan Seri Embun bt Ishak dan barisan AJK PACSU Pahang  kerana berjaya menganjurkan kursus ini meskipun persiapan yang dibuat dalam waktu yang singkat.

Tulisan: Pengerusi PACSU Pahang

#Bersatu Membantu Bersama PACSU

 

 

,