LAWATAN KEBAJIKAN AHLI PACSU CAWANGAN PERLIS

Kangar 7hb Februari 2023 : PACSU Cawangan Perlis telah mengadakan Lawatan Kebajikan kepada Pegawai Awam PF/21719 Ahmad Ramzuddin bin Ab Halim tempat bertugas di Cawangan BAKA JIPS IPK Perlis yang telah menjalani pembedahan akibat sakit appendix pada 15hb Januari 2023.

Lawatan kali ini telah dihadiri Pengerusi PACSU Cawangan Perlis Saudari Nur Siti Aishah Binti Azmi bersama Biro Kebajikan PACSU Cawangan Perlis Saudara Idris Bin Saad, Saudari Noorfaezah Binti Saidon, AJK PACSU Cawangan Perlis Saudari Nurahlatipah Binti Mohamed dan Saudari Rozita Binti Shaari.

Semoga Saudara Ahmad Ramzuddin cepat sembuh dan terus diberi kesihatan yang baik.

,