KURSUS PEMANTAPAN KEPIMPINAN CUEPACS NEGERI KELANTAN

KELANTAN : Satu Kursus Pemantapan Kepimpinan CUEPACS Negeri Kelantan telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur, Bukit Kluang, Besut, Terengganu anjuran CUEPACS Negeri Kelantan. Program ini diadakan selama tiga (3) hari bermula tarikh 23.08.2022 hingga 25.08.2022 (3 hari 2 malam).

Program telah dirasmikan oleh En. Aminuddin bin Awang, Pengerusi CUEPACS Negeri Kelantan. Turut hadir Ybg. Dato’ Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS Malaysia memeriahkan lagi kursus tersebut dengan taklimat beliau mengenai isu-isu semasa Perkhidmatan Awam untuk Slot ke lima (5). Program ini telah dihadiri oleh pelbagai peserta daripada pelbagai kesatuan seperti PACSU, NUTP, ANULAE, KSKM, KPBPSM, KBJM, KESAKTI, KSKMAIK dan lain-lain kesatuan.

HoneyDew

PACSU Kelantan

 

 

 

 

 

,