PERJUMPAAN PEGAWAI AWAM BERSAMA KETUA JABATAN PENGURUSAN KONTIJEN NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan- 15.03.2023, Khamis- Satu perjumpaan Pegawai Awam Bersama Ketua Jabatan Pengurusan Kontijen Negeri Sembilan iaitu Ydh Supt. Salmiah bt Mohd Nawi, juga turut hadir bersama adalah DSP Shaik Abd Kadar bin Shaik Mohamed, PT Pentadbiran, P/ASP Nurzatul Akma bt Norzlan, ASP Penyelaras dan seramai 125 Orang Pegawai awam Kontijen Negeri Sembilan.

Kesemua peserta yang hadir telah diberi taklimat berkaitan Perlaksanaan waktu berkerja fleksi, Penggunaan Mesin Cap Jari (fingerprint access control terminal), budaya menghormati di antara Pegawai Awam dan Pegawai PDRM serta bersikap terbuka dalam menerima teguran dan pandangan bagi memperbaiki mutu kerja yang baik. KJP juga memandang serius berkenaan penggunaan cuti yang mana perlu mendapatkan kelulusan dari Ketua Bahagian terlebih dahulu. Tuan KJP juga menyarankan agar semua Pegawai Awam melibatkan diri dalam apa sahaja majlis / program yang dianjurkan oleh PDRM dan PACSU Cawangan Negeri Sembilan.

,