SAMBUTAN PERINGATAN HARI POLIS YANG KE -216 TAHUN 2023

Negeri Sembilan- 20.03.2023, Isnin – Bertempat di Ibupejabat Polis Kontinjen dan seluruh Ibupejabat Polis Daerah di Kontinjen Negeri Sembilan telah diadakan Sambutan Peringatan Hari Polis yang ke -216 tahun 2023. Penganjuran sambutan kali ini telah di adakan awal kerana pada 25 Mac 2023 umat islam menyambut Bulan Ramadan. Majlis berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh pegawai awam yang bertugas di IPK  dan IPD. Di samping itu, Pegawai Awam juga dianugerahkan Surat Penghargaan dari Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Ketua Polis Negeri Sembilan dan Ketua Polis Daerah masing-masing. Tahniah diucapkan!

,