KEJOHANAN FUTSAL PIALA PENGERUSI PACSU KELANTAN TAHUN 2022

KELANTAN– Syabas dan tahniah kepada PACSU Cawangan Kelantan telah berjaya mengadakan Kejohanan Futsal Piala Pengerusi PACSU Kelantan bagi tahun 2022. Kejohanan tersebut telah ditunda dan berlangsung pada 08.01.2023 hari Ahad bertempat di KB Futsal Arena, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Perlawanan ini dibahagikan kepada dua (2) kategori lelaki dan wanita.

Majlis telah dirasmikan oleh Ydh Dato’ Ketua Polis Kelantan. Johan bagi kategori Lelaki telah dimenangi oleh pasukan IPK Kelantan, manakala Johan bagi wanita telah dimenangi oleh pasukan IPD Bachok. Tahniah dan syabas kepada pemenang serta tahniah juga kepada pengelola sukan Kejohanan Futsal Piala Pengerusi PACSU Kelantan bagi tahun 2022 iaitu En. Nor Azry bin Mohd Rossdin (IPD Kota Bharu) kerana telah berjaya melakar sejarah pertama dalam sukan Futsal bagi kesatuan PACSU Cawangan Kelantan di peringkat negeri Kelantan.

 

#PDRMKelantanCEMERLANG

#PACSUKelantanGEMILANG

HoneyDEW

PACSU Kelantan

 

,