LAWATAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI PACSU CAWANGAN KELANTAN

KELANTAN-03.04.2023 (Isnin) jam 10.30 pagi, satu Lawatan kebajikan telah dibuat kepada seorang ahli PACSU Cawangan Kelantan PF/17093 Suriman bin Hashim di rumahnya di alamat Kampung Aril, Gunong, Bachok yang menderita sakit batu karang. Lawatan ini di ketuai oleh En. Suhaimi bin Manah, AJK PACSU Cawangan Kelantan bersama dua (2) ahli PACSU dari IPD Bachok iaitu PF 16789 Zaidi bin Mat Zin dan PF 17983 Zamri bin Manah.

Pesakit En. Suriman bin Hashim bertugas sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19/N22 di Balai Polis Gunong, Bachok, Kelantan. Beliau telah menjalani pembedahan batu karang pada 29.03.2023 di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Seluruh Ahli Jawatankuasa dan warga PACSU Cawangan Kelantan mengharap dan mendoakan agar kesihatan En. Suriman bin Hashim sembuh seperti sediakala, Aamiin.

#PDRMKelantanCEMERLANG

#PACSUKelantanGEMILANG

HoneyDEW

PACSU Kelantan

 

 

IMG-20230403-WA0056 IMG-20230403-WA0057 IMG-20230403-WA0058

 

,