KURSUS PEMANTAPAN KEPIMPINAN PEGAWAI AWAM KONTINJEN KELANTAN SIRI 2 TAHUN 2022

KELANTAN, 06 SEPTEMBER 2022 (Selasa)- Satu Kursus Pemantapan Kepimpinan Pegawai Awam Kontinjen Kelantan Siri 2 Tahun 2022 telah diadakan di Crown Garden Hotel, Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan. Kehadiran peserta seramai 65 Pegawai Awam Polis seluruh Kelantan bersama-sama 16 Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Kelantan memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut.

Majlis telah dirasmikan oleh Ydh CP Dato’ Muhamad Zaki bin Haji Harun, Ketua Polis Kelantan. Majlis berjalan lancar dengan kehadiran penceramah-penceramah hebat pada kali ini seperti En. Aminuddin bin Awang (Pengerusi CUEPACS Negeri Kelantan), En. Rosli bin Zakaria (Pengarah Kesatuan Sekerja Terengganu dan Kelantan) dan lain-lain.

PACSU Cawangan Kelantan merakamkan ucapan terima kasih diatas komitmen Pegawai Awam Polis Kontinjen Kelantan dan Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Kelantan bagi menjayakan program ini.

#PDRMKelantanCEMERLANG

HoneyDEw

PACSU Kelantan

 

 

,