KELANTAN JUARA KEJOHANAN TENPIN BOWLING PIALA PRESIDEN PACSU MALAYSIA KALI KE-2 TAHUN 2023

MELAKA– Satu Kejohanan Tenpin Bowling Piala Presiden PACSU Malaysia telah berjaya disempurnakan oleh Sdra Anuar bin Mamat (Presiden PACSU Malaysia) bagi tahun 2023. Kejohanan ini telah berlangsung di Melaka International Bowling Centre (MIBC), Ayer Keroh pada 25 Februari 2023 (Sabtu). PACSU cawangan Kelantan telah menghantar 2 pasukan dalam kejohanan tersebut bagi merebut kembali piala pusingan yang dipertandingkan.

PACSU Cawangan Kelantan telah berjaya menjadi Juara kumpulan bagi Team A dan Juara keseluruhan sekaligus mengekalkan kejuaraan bagi tahun 2023. Kategori individu wanita telah dimenangi oleh PF 17449 Chua Soo Ni ( tempat ke-2), IPD Tumpat dan tempat ketiga dimenangi oleh PF 17731 Norfazira binti Mohd Ali, juga IPD Tumpat. Sdari Pengerusi PACSU Cawangan Kelantan juga turut menjadi Juara Kumpulan Team Naib Presiden dan EXCO.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang bertanding dan PACSU Cawangan Kelantan kerana sekali lagi telah berjaya membawa pulang Piala Pusingan untuk kali kedua (2) selepas menjuarai kejohanan tersebut pada tahun 2022, seterusnya mengharumkan nama PACSU dan PDRM Kontinjen Kelantan serta menjadi gah dan disegani dalam Sukan Bowling PDRM Malaysia.

Sumber: Fb Nora AdamZara

Honey Dew

PACSU Kelantan

 

 

 

 

,