LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS SUAMI AHLI PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan- Seremban, 7 April 2023 – Saudari Marinee bt Mohamad, Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan bersama Saudari Nuraini bt Razali Bendahari, PACSU Negeri Sembilan telah membuat lawatan kebajikan ke atas suami kepada ahli PACSU iaitu Saudari Nurul Arfa bt Talib yang bertugas di Cawangan Pentadbiran Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan. Suami Saudari Nurul Arfa, iaitu En Kamal yang berusia 41 tahun dan kini terlantar kerana sakit stroke dan memerlukan pemantauan dan penjagaan yang rapi. Dalam lawatan ini Saudari Marinee bt Mohamad Pengerusi PACSU Caw NS telah menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu meringankan bebanan yg dihadapi oleh keluarga ini. Semoga En. Kamal diberi kesembuhan dn Saudari Nurul Arfa diberi ketabahan dan kesabaran dalam menjaga suaminya.

,