SIJIL PENGHARGAAN KHAS KEPADA PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan – Kuala Lumpur 5 April 2023 – Bertempat di Ancasa Hotel Kuala Lumpur, telah diadakan Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung Kali Ke-4 Penggal ke- 38 yang dipengerusikan oleh Saudara Anuar bin Mamat, Presiden PACSU Malaysia. Dalam mesyuarat tersebut juga telah diadakan satu penyampaian Sijil Penghargaan Khas diatas pencapaian menyediakan aktiviti di Laman Web PACSU bagi tempoh 4/10/2022 hingga 4/4/2023. PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah memenangi tempat Pertama di dalam pencapaian tersebut dan Sijil Penghargaan telah diterima oleh Saudari Marinee bt Mohamad Pengerusi PACSU Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada barisan AJK PACSU Negeri Sembilan atas komitmen yang diberikan

.

,