PROGRAM TURUN PADANG PACSU CAWANGAN PERAK KE IPD KERIAN DAN SELAMA

Kerian dan Selama, 11 Mei 2023 – Program Turun Padang PACSU Cawangan Perak ke daerah-daerah diteruskan lagi bertempat di IPD Kerian dan IPD Selama.

Banyak informasi berkenaan perancangan, aktiviti dan sebagainya telah disampaikan kepada ahli-ahli PACSU. Program ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan diantara barisan kepimpinan PACSU Perak dengan ahli-ahli di peringkat daerah. Pegawai awam bukan ahli PACSU juga turut hadir bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai hala tuju PACSU.

Ahli-ahli yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mengajukan soalan-soalan mengenai permasalahan yang mereka hadapi. Sijil pelantikan sebagai wakil PACSU daripada daerah turut diserahkan kepada calon yang telah dilantik.

Program diketuai oleh Pengerusi PACSU Perak Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha PACSU Perak Sdri Rosdiah binti Safri dan barisan ahli-ahli jawatankuasa.

,