MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PACSU CAWANGAN PERAK

Ipoh, 23 Mei 2023 – Bertempat di foyer Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah diadakan mesyuarat ahli jawatankuasa peringkat cawangan bilangan 4 tahun 2023.

Mesyuarat ini membincangkan permasalahan, perancangan dan lain-lain isu bagi tahun 2023. Mesyuarat juga membincangkan berkenaan Mesyuarat Agung PACSU Cawangan Perak yang dijangkakan akan diadakan pada bulan Jun 2023. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi PACSU Perak iaitu Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, serta turut dihadiri oleh Setiausaha Sdri Rosdiah binti Safri dan barisan ahli-ahli jawatankuasa PACSU Cawangan Perak.

,