LAWATAN KEBAJIKAN AHLI PACSU CAWANGAN PERLIS

Kangar, Perlis, 13 Jun 2023 – Biro Kebajikan PACSU Cawangan Perlis telah membuat lawatan kebajikan ke atas ahli PACSU Cawangan Perlis iaitu PF 29549 Siti Faiqah Binti Maladin yang bertugas di Cawangan Rekod, Pengurusan Ibu Pejabat Daerah Padang Besar, Perlis. Saudari Siti Faiqah telah melahirkan seorang anak perempuan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis pada 25hb Mei 2023.

Lawatan ini telah dihadiri oleh Biro Kebajikan PACSU Cawangan Perlis Saudari Wan Zainora Binti Isa dan AJK PACSU Cawangan Perlis Saudari Rozita Binti Shaari di rumah keluarga Saudari Siti Faiqah di Kampung Sungai Padang, Simpang Empat, Perlis.

Biro Kebajikan PACSU Perlis berharap semoga Saudari Siti Faiqah dan anak diberi kesihatan yang sihat walafiat disamping keluarga.

,