LAWATAN KEBAJIKAN PACSU CAWANGAN PERLIS

Kangar, Perlis, 12 Jun 2023 – Biro Kebajikan PACSU Cawangan Perlis diwakili Saudara Idris Bin Saad telah membuat lawatan kebajikan ke atas anak kepada ahli PACSU Cawangan Perlis iaitu PF 29351 Mohd Amin Bin Ab Rahman yang bertugas di Cawangan Khas Ibu Pejabat Daerah Padang Besar, Perlis.

Anak Saudara Mohd Amin, iaitu adik Muhammad Amsyar Aryan Bin Mohd Amin yang berusia 7 tahun yang dimasukkan ke Wad di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 9hb Jun 2023 memerlukan pemantauan pihak hospital disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.

Dengan ini, PACSU Cawangan Perlis berharap Adik Muhammad Amsyar Aryan diberi kesembuhan sihat walafiat dan Saudara Mohd Amin serta keluarga diberi ketabahan dan kesabaran dalam menjaga anak mereka.

,