FORUM MALAYSIA MADANI ZON TIMUR TAHUN 2023

KOTA BHARU – Forum Malaysia Madani dalam Perkhidmatan Awam Zon Timur tahun 2023 telah diadakan di Sri Makmur Ballroom , H-ELITE Design Hotel, Tunjung, Jln Kuala Krai, Kota Bharu pada 01 Ogos 2023 (Selasa). CUEPACS Negeri Kelantan telah diberikan tanggungjawab sebagai tuan rumah bagi forum kali ini. Seramai lebih 700 Peserta daripada pelbagai Kesatuan dari Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang telah hadir. Turut memeriahkan lagi majlis dengan kehadiran  Presiden PACSU Malaysia, En. Anuar bin Mamat dan Ybrs En. Aminuddin bin Awang, Pengerusi CUEPACS Negeri Kelantan.

Majlis bermula seawal jam 0800 pagi dgn nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Suara Pekerja. Pengisian forum oleh moderator dan ahli panel yang hebat bertajuk “MALAYSIA MADANI DALAM PERKHIDMATAN AWAM”.  Majlis telah dirasmikan oleh Ybhg Dato Haji Adnan bin Mat, Presiden CUEPACS Malaysia. Acara simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada Pengerusi CUEPACS Zon Timur dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari. Majlis berakhir pada jam 0230 petang.

 

HoneyDEW

PACSU Kelantan

 

 

 

 

 

 

,