KUNJUNG HORMAT YDH KETUA JABATAN PENGURUSAN KELANTAN

PACSU Cawangan Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ydh ACP Tuan Kamsani bin Hassan, Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kelantan pada 24 Mei 2023. En. Mohd Zainun bin Mohd Razak (Setiausha) dan En. Nik Ahmad bin Raja Ismail (Bendahari) telah mewakili AJK PACSU Cawangan Kelantan. Perjumpaan selama lebih 30 minit menumpukan perbincangan mengenai persediaan dan perjalanan Mesyuarat Agung PACSU yang akan diadakan sedikit masa lagi. Ydh Tuan KJP banyak memberikan panduan dan pengalaman beliau semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Terengganu.

PACSU Cawangan Kelantan turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Ydh Tuan KJP diatas kenaikan pangkat dan menerajui Jabatan Pengurusan Kontinjen Kelantan. PACSU Kelantan turut menyampaikan cenderahati kepada Ydh Tuan KJP sebagai tanda solidariti kepada kesatuan dan Jabatan Polis Diraja Malaysia.

Setiausaha

PACSU Kelantan

 

 

 

 

 

 

 

 

,