PROGRAM TURUN PADANG PACSU CAWANGAN PERAK KE IPD TAIPING, KUALA KANGSAR, SG. SIPUT (U), PERAK TENGAH, MANJUNG DAN HILIR PERAK.

PACSU Cawangan Perak telah mengadakan Program Turun Padang ke 6 daerah iaitu IPD Taiping, IPD Kuala Kangsar, IPD Sg. Siput (U), IPD Perak Tengah, IPD Manjung Dan IPD Hilir Perak selama 2 hari bermula 15/08/2023 sehingga 16/08/2023.

Program ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan diantara barisan kepimpinan PACSU Cawangan Perak dengan ahli-ahli di peringkat daerah. Banyak informasi berkenaan perancangan, aktiviti dan sebagainya telah disampaikan kepada ahli-ahli PACSU. Pegawai awam bukan ahli PACSU juga turut hadir bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai hala tuju PACSU.

Antara permasalahan yang dibincangkan adalah disiplin di tempat kerja dari segi ketepatan masa kehadiran, pakaian, pengurusan kewangan individu dan sebagainya.

Ahli-ahli yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mengajukan soalan-soalan mengenai permasalahan yang mereka hadapi. Sijil pelantikan sebagai wakil PACSU daripada daerah turut diserahkan kepada calon yang telah dilantik.

Program diketuai oleh Pengerusi PACSU Perak Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha PACSU Perak Sdri Rosdiah binti Safri dan barisan ahli-ahli jawatankuasa.

IPD KUALA KANGSAR

IPD TAIPING

IPD SG.SIPUT (U)

 

IPD PERAK TENGAH

IPD MANJUNG

IPD HILIR PERAK

 

,