LAWATAN KEBAJIKAN KEPADA AHLI PACSU CAWANGAN PERLIS

Kangar, Perlis 10/08/2023 (Khamis) – PACSU Cawangan Perlis diwakili Biro Kebajikan PACSU Cawangan Perlis Saudari Wan Zainora Binti Isa telah mengadakan lawatan kebajikan kepada PF/23488 Nursyafawati Binti Rusle yang bertugas di Cawangan Bekalan/Aset, Bahagian Logistik Dan Teknologi, IPD Kangar, Perlis atas pemergian ibu yang dikasihi pada 10/08/2023 pada jam 2.40 petang di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis yang sakit paru-paru berair. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Katong, Arau, Perlis selepas waktu maghrib.

PACSU Cawangan Perlis berdoa agar semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Didoakan juga agar Saudari Nursyafawati dan keluarga tabah dan sabar menerima ujian ini.

,