SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2023

MERDEKA 2023

 

Segala  puji  dan  syukur  dipanjatkan  ke  hadrat  Ilahi, kerana  dengan  izin  dan limpah kurniaNya jua, kita diberikan kesempatan untuk sama-sama menyambut sambutan Hari Kebangasaan Malaysia Kali Ke 66 Tahun 2023 dengan lebih bersemangat  dan  resolusi  yang  lebih ampuh.

Tahun ini, kita meraikan sambutan kemerdekaan atas semangat perpaduan dengan tema, Malaysia Madani – “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”.

Setinggi-tinggi penghargaan dan pujian diberikan kepada seluruh Pegawai Awam Polis Diraja  Malaysia  (PDRM)  yang  telah  melaksanakan  tugas  dengan  cemerlang. Semoga  segala  pengorbanan  dan khidmat  bakti  yang telah  dicurahkan,  akan  mendapat  ganjaran  sebaiknya dari  Allah  SWT,  Insya-Allah.

Di kesempatan ini, Presiden dan Pegawai Kanan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke 66 Tahun 2023.

Malaysia Madani – “Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”

Semoga Sambutan Hari Kebangsaan kali ini disambut dengan iltizam yang kuat untuk kita terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan penuh berintergriti. Semoga Allah memberkati segala usaha… Insya-Allah…

“Bersatu Membantu Bersama PACSU”

MALAYSIA MADANI - TEMA LOGO

,