PERTANDINGAN FUTSAL PACSU CAWANGAN PAHANG 2023

16 September 2023 – Pertandingan FUTSAL PACSU Cawangan Pahang bagi tahun 2023 telah berlangsung di Gelanggang Futsal Playground 6, Semambu, Kuantan, Pahang.

Sebagai pembuka tirai sebelum sepak mula, tiupan wisel telah dibuat oleh Puan Seri Embun bt Ishak, Pengerusi PACSU Cawangan Pahang antara pasukan Zon A dan Zon B.

Kejohanan tersebut telah dipecahkan kepada 4 Zon, di mana Zon A mewakili IPK Pahang/Briged Tenggara PGA/MARIN), Zon B (IPD Kuantan/Pekan/Rompin), Zon C (Maran/Temerloh, Bera/Jerantut) dan Zon D (Lipis/Bentong, Raub/Cameron Highlands).

Pasukan Zon B dan Zon C telah berjaya mara ke perlawanan akhir dan perlawanan tersebut telah dimenangi oleh pasukan dari Zon C (Maran/Temerloh/Bera/Jerantut)  dengan mata kemenangan 2 berbalas 1.

Pertandingan ini merupakan platform untuk memilih para pemain bagi mewakili PACSU Cawangan Pahang ke Kejohanan FUTSAL Piala Presiden PACSU Malaysia tahun 2023 yang akan berlangsung pada 30 September 2023 di Kedah Darul Aman.

Sebelum menutup pertandingan ini, Pengerusi PACSU Cawangan Pahang  telah menasihatkan agar para pemain yang dipilih supaya sentiasa menunjukkan semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi sepanjang kejohanan tersebut berlangsung demi menjaga nama baik PACSU Cawangan Pahang dan  Polis Kontinjen Pahang khasnya.

Selain menjadi medium untuk mencungkil dan mengilap bakat warga PACSU Cawangan Pahang dalam sukan FUTSAL, acara sukan seperti ini juga mampu memberikan impak positif kepada kesihatan dari segi fizikal dan mental serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan semangat ‘espirit de corps’ dalam kalangan para pemain.

Syabas dan Tahniah juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa PACSU PAHANG atas usaha gigih dan komitmen tinggi dalam menjayakan pertandingan pada kali ini.

Sekian.

#Pengerusi PACSU Cawangan Pahang

,