LAWATAN KEBAJIKAN KELUARGA AHLI PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

NEGERI SEMBILAN – 26 Julai 2023, Seremban – Saudari Marinee binti Mohamad, Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan bersama saudari Eva Jauhana binti Mohamed Alias, Setiausaha PACSU Cawangan Negeri Sembilan, Saudari Nuraini binti Razali, Bendahari PACSU Cawangan Negeri Sembilan dan saudara Izzamuddin bin Aman, AJK PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah membuat lawatan ke atas dua (2) orang anak kepada saudara Mohammad Azim bin Arifin yang telah di masukkan ke ward kanak-kanak Hospital Salam, Senawang Negeri Sembilan kerana mengalami cirit birit dan muntah. Dalam lawatan tersebut Pengerusi PACSCawangan Negeri Sembilan telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga ini dan semoga anak-anak saudara Muhammad Azim cepat sembuh.

,