PROGRAM MALAYSIA MADANI DALAM PERKHIDMATAN AWAM PERINGKAT CUEPACS ZON SELATAN

NEGERI SEMBILAN, 26 Julai 2023, Rabu – Bertempat di Casa Lagenda Convention Centre, Paroi, Seremban telah berlangsung Program Malaysia Madani Dalam Perkhidmatan Awam Peringkat Cuepacs Zon Selatan dengan gabungan CUEPACS Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Seramai 600 Orang Ahli Kesatuan Gabungan CUEPACS Negeri Sembilan, Melaka dan Johor hadir ke Program tersebut yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Jalaluddin Bin Alias Ahli Parlimen Jelebu.

Hadir sama Y.Bhg Dato’ Adnan Bin Mat Presiden CUEPACS Malaysia, Barisan Pegawai Tertinggi CUEPACS Malaysia, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri. PACSU Cawangan Negeri Sembilan telah menghantar seramai 53 orang ahli untuk menjayakan program ini.

Terima Kasih kepada semua yang telah hadir dan menjayakan program ini.

,