KEJOHANAN FUTSAL PIALA PRESIDEN PACSU MALAYSIA

Kelantan – 30/09/2023 Sabtu) PACSU Cawangan Kelantan telah menghantar  sebanyak 2 pasukan dalam kejohanan tersebut iaitu Kelantan A dan Kelantan B. Kejohanan ini disertai oleh 17 pasukan PACSU dari seluruh Malaysia. Kejohanan diadakan secara berkumpulan dan bermula pada jam 8.00 pagi.

Pasukan Kelantan B telah berjaya menjuarai kejohanan setelah menewaskan Pasukan Bukit Aman 1-0. Kejuaraan pada kali ini bertambah manis setelah pemain pasukan Kelantan B PF/28107 Mohd Khairi bin Mohd Nor dari IPD Bachok telah dipilih dan dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Diharapkan semangat berpasukan dan semangat kesukanan terus mekar bersemarak dalam pasukan PACSU Kelantan. Semangat semangat semangat.

Dilla Hj. Roslan

PACSU KELANTAN

#poliskelantan

#CLASS

 

 

 

 

 

 

,