MESYUARAT AJK PACSU CAWANGAN KELANTAN KALI KE-2/2023

Kelantan – 04/10/2023 (Rabu) Mesyuarat AJK PACSU Cawangan Kelantan Kali Ke-2 telah diadakan di Bilik Gerakan, Tingkat 7, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bermula jam 1100 hrs hingga 1300 hrs.

Mesyuarat telah membincangkan antaranya isu berkenaan dengan kemenangan PACSU Cawangan Kelantan dalam Pertandingan Sukan Futsal Piala Presiden PACSU MALAYSIA yang telah diadakan di Kontinjen Kedah baru-baru ini dengan meraih gelaran JUARA. Ucapan TAHNIAH telah disampaikan oleh Puan Pengerusi PACSU Kelantan kepada semua pemain yang terlibat.

Selain itu, para AJK telah membincangkan untuk mengadakan pertandingan tertutup Kejohanan Badminton Piala Pengerusi PACSU Kelantan yang mana akan melibatkan ahli-ahli yang berminat untuk menyertai kejohanan ini nanti.

Seterusnya perbincangan melibatkan Program Perhimpunan Pegawai Awam bersama Ketua Polis Negara pada 02/11/2023 yang akan berlangsung di PULOPOL Kuala Lumpur yang bertemakan “White & Denim”. Penyertaan dari Kontinjen Kelantan adalah seramai 13 orang delegasi termasuk 5 orang penerima Surat Penghargaan KPN”.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 1300 hrs.

Dilla Hj. Roslan

PACSU KELANTAN

#poliskelantan

#CLASS

,