ZIARAH KEBAJIKAN KEPADA AHLI PACSU KELANTAN

Kelantan – 12/10/2023 (Khamis) Barisan Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Kelantan bersama ahli PACSU Ibu Pejabat Polis Kota Bharu telah membuat lawatan kebajikan kepada ahli PACSU yang telah dimasukkan ke wad kerana penyakit darah rendah iaitu PF/A 2511 Faridah binti Yusuf yang bertugas di Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Beliau telah dimasukkan ke Wad Mawar, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan pada 11/10/2023.

Ahli Jawatankuasa PACSU Kelantan mewakili Ybhg. Puan Pengerusi PACSU Cawangan Kelantan telah menyerahkan sedikit sumbangan kepada beliau sebagai tanda sokongan. Diharapkan semoga beliau diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Lawatan berlangsung selama satu jam dan semuanya berada dalam suasana harmoni.

Dilla Hj. Roslan

#poliskelantan

#CLASS

 

,