ZIARAH PRIHATIN KEPADA PF 18430 ZURIANA BINTI MAT YUNUS

Kelantan – 11/10/2023 (Rabu) Para barisan Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Kelantan bersama dengan Ybhg. Pengerusi PACSU Kelantan, Puan Huslinawati binti Hussin telah mengadakan sesi ziarah prihatin kepada salah seorang ahli PACSU Cawangan Kelantan iaitu PF 18430 Zuriana binti Mat Yunus yang mengalami sakit SLE, buah pinggang dan penyakit Tibi bertempat di Kampung Padang Halban, Melor, Kota Bharu, Kelantan.

Turut disampaikan sedikit sumbangan dari Tabung Kebajikan PACSU Kelantan disamping menyampaikan kelulusan persaraan atas sebab kesihatan (Medical Board) kepada beliau. Atas dasar kebajikan Ybhg. Puan Pengerusi telah menyerahkan borang tuntutan persaraan kepada beliau. Di samping itu, barisan ahli jawatankuasa telah menyampaikan ucapan selamat bersara mewakili ahli-ahli PACSU Kelantan.

Majlis berlangsung dengan suasana yang harmoni. Semoga ikatan ukhwah terus terjalin walaupun beliau telah bersara.

Dilla Hj. Roslan

#poliskelantan

#CLASS

 

,