ZIARAH KEMATIAN KEPADA BAPA AHLI PACSU KELANTAN

Kelantan – 09/10/2023 (Isnin) Ahli Jawatankuasa bersama barisan ahli PACSU Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu telah mengadakan ziarah kematian kepada keluarga ahli PACSU, iaitu PF/18003 Faridah binti Dollah, Pegawai Awam yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kota Bharu berikutan kematian ayahndanya, Allayarham En. Dollah bin Hj. Daud.

Arwah telah meninggal pada jam 0645 hrs kerana sakit tua. Jenazah telah dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Pondok Beris Kubur Besar 16050 Bachok, Kelantan selepas waktu zohor.

PACSU Cawangan Kelantan turut menghulurkan sedikit sumbangan kepada keluarga Allayarham mewakili Ybrs Puan Pengerusi PACSU yang tidak dapat hadir akibat kekangan tugas.

Salam takziah daripada seluruh ahli PACSU Cawangan Kelantan sebagai tanda sokongan dan persaudaraan. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan dariNya.

Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. Innalillahwaninnalillahhirrojiun.. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.

Dilla Hj. Roslan

Kredit to SU PACSU Kn

#poliskelantan
#CLASS

 

 

5

,