LAWATAN KEBAJIKAN RUMAH AHLI PACSU CAWANGAN KEDAH IPD SIK DILANDA BENCANA RIBUT

Sik,12 Oktober 2023 – Lawatan Kebajikan Pegawai Awam (Ahli PACSU) IPD Sik PF/21797 Khairun Nizam bin Said telah dilaksanakan oleh Pengerusi PACSU Kedah,Puan Arbaayah binti Ahmad Tajuddin bertempat di No 24 Lorong 2 Perkampungan Raudhatul Muslimin,Kuala Ketil Kedah.

Pada 8 Oktober 2023 lebih kurang jam 3.30 petang hujan lebat telah turun di kawasan kampung beliau.Dalam jam 4.00 petang,angin ribut puting beliung telah melanda rumah dan mengakibatkan kerosakan hampir 80% bahagian bumbung, siling rumah roboh, perabot dan kelengkapan rumah basah dan juga bekalan elektrik terputus. Ketika kejadian,penghuni yang menetap adalah seramai 5 orang yang mana beliau baru sahaja menerima cahaya mata ke lima dan isteri beliau masih dalam tempoh berpantang hari yang ke lima. Buat masa sekarang mereka tumpang berteduh di rumah anak saudara yang berhampiran dengan rumah beliau.

Buat masa ini laporan polis telah pun dibuat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Zakat Negeri Kedah telah membuat lawatan. Marilah kita bersama-sama mendoakan urusan Saudara Khairun Nizam dan keluarga dipermudahkan dan cepat mendapat bantuan sewajarnya.

Turut hadir dalam lawatan tersebut Setiausaha PACSU Caw. Kedah Sdra Mohd Rusydi B A.Rashid, AJK Kebajikan Sdri Nur Farazieha Bt Mat Radzi, AJK Sukan Sdra Nazmi Bin Mahmud dan Wakil Pegawai Awam IPD Sik Sdra Mohd Naim Bin Harun.

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh disalurkan kepada:-

Nama : Khairun Nizam Bin Said
No Akaun : 7609849572
Bank : CIMB BANK

Sumber : Setiausaha PACSU Cawangan Kedah

,