PROGRAM TURUN PADANG PACSU CAWANGAN PERAK KE IPD KAMPAR, TAPAH, MUALLIM, MARIN KG. ACHEH, BATU GAJAH DAN BRIGED UTARA

PERAK : Program diteruskan lagi dan kali ini PACSU Cawangan Perak telah berbesar hati pergi ke 6 daerah iaitu IPD Kampar, Tapah, Muallim, Marin Kg. Acheh, Batu Gajah Dan Briged Utara selama 2 hari bermula 18/10/2023 sehingga 19/10/2023.

Program ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan diantara barisan kepimpinan PACSU Cawangan Perak dengan ahli-ahli di peringkat daerah. Banyak informasi berkenaan perancangan, aktiviti dan sebagainya telah disampaikan kepada ahli-ahli PACSU. Pegawai awam bukan ahli PACSU juga turut hadir bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai hala tuju PACSU.

Antara permasalahan/isu yang dibincangkan adalah tatakelola tugas, perjawatan, kekurangan fasiliti, arahan semasa, disiplin di tempat kerja dari segi ketepatan masa kehadiran, pakaian, pengurusan kewangan individu dan sebagainya.

Ahli-ahli yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mengajukan soalan-soalan mengenai permasalahan yang mereka hadapi. Sijil pelantikan sebagai wakil PACSU daripada daerah turut diserahkan kepada calon yang telah dilantik.

Program diketuai oleh Pengerusi PACSU Perak Sdra Mohammad Zameer bin Mohamed Akaram, Setiausaha PACSU Perak Sdri Rosdiah binti Safri dan barisan ahli-ahli jawatankuasa.

IPD KAMPAR

IPD TAPAH

IPD MUALLIM

MARIN KG. ACHEH

IPD BATU GAJAH

BRIGED UTARA

,