MESYUARAT AGUNG KELAB POLIS IBUPEJABAT POLIS KONTINJEN KELANTAN SESI 2023/2024

Kelantan – 17.10.2023 : (Selasa) PDRM Kontinjen Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Agung Kelab Polis pada 17 Oktober 2023 bertempat di Dewan K-Castle Kota Bharu Kelantan.

Majlis yang bermula seawal jam 9.00 pagi telah dirasmikan oleh YDH Commisioner of Police Dato’ Muhamad Zaki bin Harun, Ketua Polis Kelantan. Majlis turut dihadiri oleh YDH Tuan Mohd Ali bin Tambi, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Ketua-ketua jabatan selain ahli jawatankuasa kelab.

Mesyuarat kelab diadakan sebaik sahaja selesai majlis perasmian. Antara agenda penting dalam mesyuarat pada kali ini adalah perlantikan pengerusi kelab yang baru memandangkan pegawai yang penyandang jawatan tersebut telah bertukar keluar dari Kontinjen Kelantan.

Melalui mesyuarat yang diadakan beberapa perkara telah diberi perhatian dan diperhalusi khususnya aspek kebajikan termasuk beberapa usul / cadangan daripada ahli. Mesyuarat selesai sepenuhnya pada jam 2.30 petang dengan jayanya bak kata pepatah “bulat air kerana pembentung.. bulat kata kerana muafakat..”

Kredit kepada SU PACSU Kn

Didie Hj. Roslan

#bersatumembantubersamaPACSU

#CLASS

#poliskelantan

 

 

,