ZIARAH KEMATIAN AHLI JAWATANKUASA PACSU KELANTAN KEPADA IBU PEGAWAI KANAN POLIS IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KELANTAN

Kelantan – 18.10.2023 : (Rabu) Ahli Jawatankuasa PACSU Cawangan Kelantan PF/16905 Noor Ilham binti Awang mewakili Ybhg. Puan Pengerusi PACSU Kelantan dan ahli-ahli PACSU IPK Kelantan telah mengadakan ziarah kematian kepada ibu Pegawai Kanan Polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan iaitu Allahyarhamah Puan Saudah binti Ismail, ibu kepada G/12916 ASP Hasbullah bin Nor yang bertugas di Cawangan Gerakan, Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Allahyarhamah  meninggal dunia pada 17.10.2023 jam 2140 hrs di Kampung Limbat Gutong, 16150, Kota Bharu, Kelantan kerana sakit tua dan lelah. Jenazah telah dikebumikan pada 18.10.2023 jam 1030 hrs di Kampung Binjai Batu 11, Jalan Kedai Piah Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.

Tujuan ziarah ini diadakan bagi memberi sokongan moral kepada keluarga dan tanda persahabatan dalam warga PDRM dan ahli-ahli PACSU. Diharapkan semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sekian, terima kasih.

Didie Hj. Roslan

#bersatumembantubersamaPACSU

#poliskelantan

#CLASS

 

 

,