MAJLIS MESYUARAT AGUNG PACSU CAWANGAN KELANTAN KALI KE-52 TAHUN 2023

KELANTAN– Pada 6 Julai 2023 (Khamis ) satu Majlis Mesyuarat Agung PACSU Cawangan Kelantan telah diadakan  di Tunjong Dirgahayu Hall, Bandar Baru Tunjong, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan. Majlis berlansung tepat jam 0830 pagi.

Majlis telah dihadiri oleh Ydh P/DCP Mohd Ali bin Tamby (Timbalan Ketua Polis Kelantan), Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah, Yang Berusaha En. Anuar bin Mamat (Presiden PACSU Malaysia), Yang Berusaha En. Aminuddin bin Awang (Timbalan Presiden CUEPACS Malaysia), Pegawai-pegawai Kanan dan ahli-ahli PACSU seluruh Kelantan. Majlis telah dirasmikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Kelantan.

Majlis dimulai dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’, ‘Selamat Sultan’ dan ‘Sang Saka Biru’. Seterusnya, ucapan aluan pengacara majlis dan diiringi dengan bacaan doa Selamat serta ucapan Aluan Pengerusi PACSU Kelantan. Seterusnya, ucapan Presiden PACSU Malaysia oleh En. Anuar bin Mamat. Penyampaian Sijil Penghargaan diselang-selikan dengan acara penyampaian cenderahati. Akhir sekali lagu ‘Polis Sedia Berkhidmat’ dan lagu ‘Perkhidmatan Awam’ dinyanyikan. Majlis Mesyuarat berjalan lancar disertai juadah jamuan ringan dan sesi bergambar. Mesyuarat berakhir pada jam 1245 hrs. Majlis ini juga telah mendapat penajaan dari NESCAFE Cawangan Kelantan.

HoneyDEW

PACSU Cawangan Kelantan

#PDRMKelantanCEMERLANG

#CLASS

 

 

 

 

,